Dec 01
 

GENTING HIGHLANDS 25 Nov. - Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta golongan guru menjadikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) sebagai satu mekanisme yang boleh digunakan dalam menjana proses pembangunan sumber manusia.Menurutnya, negara tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya pada sumber asli dan bahan mentah tetapi perlu memfokuskan kepada aset sumber manusia yang terhasil daripada sistem pendidikan.

”Kita berpeluang mencapai kemajuan dengan cepat kerana Malaysia sudah mempunyai sistem pendidikan dan persekolahan yang baik, oleh itu kelebihan ini perlu digembleng secara bersepadu menerusi pelaksanaan PIPP,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Konvensyen Nasional Kedua PIPP di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang.

Dalam menjayakan pelaksanaan PIPP, Hishammuddin mengakui beberapa elemen penting seperti akses dan ekuiti perlu diberi penekanan supaya peluang pendidikan dapat dibuka kepada semua golongan.”Masalah kemiskinan dan faktor lokasi sering menjadi penghalang kepada asas kecemerlangan pelajar kita terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

”Adakah mereka juga mempunyai keyakinan yang sama untuk turut bersaing jika berpeluang mendapat pendidikan seperti pelajar di bandar walaupun mendapat kemudahan yang lengkap,” ujarnya.Selain itu, beliau juga mahu kecekapan dalam sistem penyampaian ditingkatkan di semua peringkat dan bahagian.”Pemimpin atau pengurus pendidikan perlu bijak memperkenalkan inovasi terbaru dalam sistem penyampaian untuk disalurkan kepada mereka yang berada di peringkat bawahan,” katanya.

Menurutnya, identiti negara bangsa juga perlu diterapkan di dalam konsep pelaksanaan PIPP kerana ia mampu melahirkan masyarakat yang bersatu padu.Hadir sama pada konvensyen empat hari bermula semalam itu ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom.Dianggarkan seramai 200 peserta dari peringkat Kementerian Pelajaran, Jabatan pendidikan negeri serta daerah dan institusi-institusi pendidikan hadir ke konvensyen tersebut.Pada majlis itu, Zulkurnain turut melancarkan buku Modal Insan Cemerlang: Minda Kelas Pertama yang dihasilkan oleh kakitangan IAB.

written by admin

Jun 17

written by admin

Jun 17

PUTRAJAYA 9 Jun - Sebanyak 30 sekolah lagi daripada pelbagai aliran telah dipilih bagi disenaraikan sebagai sekolah kluster, menjadikan keseluruhannya sebanyak 60 sekolah sejak ia diperkenalkan pada Mac tahun lalu.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah sekolah kluster akan bertambah setiap tahun sehingga mencapai sasaran 300 sekolah kluster pada 2010.

Beliau berkata, sekolah-sekolah kluster fasa kedua itu turut layak memohon peruntukan khas berjumlah sehingga RM500,000 untuk melaksanakan program dan aktiviti yang telah ditentukan.

”Sehingga April 2008, sebahagian peruntukan telah disalurkan kepada 30 sekolah kluster bagi fasa pertama manakala baki peruntukan akan diturunkan berdasarkan prestasi perbelanjaan semasa setiap sekolah.

”Peruntukan untuk sekolah kluster fasa kedua pula akan diturunkan selepas permohonan sekolah-sekolah tersebut diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Panel Penasihat Sekolah Kluster di kementeriannya di sini hari ini.

Pelaksanaan sekolah kluster adalah salah satu fokus utama yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dan Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad.

Menurut Hishammuddin, pada masa yang sama kementerian akan menilai dan meneliti 75 perakuan dan cadangan yang dikemukakan panel penasihat bagi menambah baik dan memperkukuhkan pengurusan serta pentadbiran sekolah kluster di seluruh negara.

written by admin

Feb 29

Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Jeram menghadiri Kursus Pembinaan Laman Web di BTPN Terengganu bermula 25-29 Feb 2008

written by admin

Jan 08

Adalah dimaklumkan semua sekolah ahli PKG Jeram diminta datang mengambil buku-buku berkenaan di PKG Jeram pada waktu pejabat. Sebarang kemuskilan sila hubungi En. Misnan bin Miswan, Peg Teknologi Pendidikan PKG Jeram, HP 012-2635763

written by admin

Jan 08

Tanya Shakyean disini.

Apa-apa jerlah … weblog ini diupload dan dikemaskan oleh Hanif : 012-6970723. Kalau korang nak boleh jer contact beliau.

written by admin